Saturday, January 9, 2016

Awak, macam mana nak apply universiti?

Okay, hari tu ada cakap nak cerita macam mana nak mohon uia rite? sejak kebelakangan ni ramai sangat tanya macam mana nak apply universiti. 

kena tunggu upu ke?

macam ni ya korang sekalian, kita tengok pada musim. kalau macam masa tu musim upu, jomlah kita pakat beramai pergi bsn, beli no pin. apply melalui upu. senang cerita. 

tapi macam mana kalau masa tu bukan musim upu?

ha, aku buat macam ni. aku buka semua laman universiti yang aku berminat dan ada kos yang aku nak, then aku 'geledah' satu persatu, check sama ada pihak universiti tu ada buka permohonan ke tak. 

aku habis belajar dalam bulan 4, then ambil muet. result muet dapat dalam bulan 9 (tak ingat bulan dah), terus aku bukan laman web universiti-universiti yang ada kos aku. masa time aku ni, uitm & uia je yang tengah buka permohonan. so, aku pergi beli no pin dekat bsn dalam harga lebih kurang rm18. aku apply online kat web tersebut. 

okay, kalau uitm ni, ada kos ada interview dan ada yang tak ada. nanti pihak mereka akan inform dekat kita, sama ada kita dapat interview ke tak. aku pilih kos bahasa arab, so aku tak ada interview, pihak mereka hantar mesej, bagi link. dekat link tu dia akan bagi senarai dokumen-dokumen yang mereka nak dan kena hantar melalui pos segala dokumen tersebut.

kalau macam uia pula, tak perlu no pin bagai. aku pun apply melalui website dia. tapi lepas isi segala borang melalui online, korang kena print maklumat-maklumat yang dah diisi tu (dia ada bagi arahan). lepas dah siap isi dan submit, korang kena siap-siapkan segala dokumen yang pihak uia nak then terus pos kepada pihak uia. tapi korang kena bayar rm100 dulu untuk urusan pemprosesan permohonan kita. bila result permohonan keluar, pihak uia akan bagi email. dalam email tu dia bagi link untuk cek keputusan.

macam tu je sebenarnya. antara nak atau tak nak. kena usaha lebih sikit kalau mohon kat website. 

p/s : dengar cerita tak lama lagi banyak universiti nak buka permohonan, goodluck korang!


No comments:

Post a Comment