Friday, February 14, 2014

Bukan Si Bidadari Syurga



Aku hanya gadis biasa
Gadis biasa yang masih mencari arti hidup
Aku tidak punya apa-apa
Harta, pangkat, mahupun rupa bukanlah milikku
Ilmu yang berbekal di dada 
Masih tidak memadai untuk aku bermegah
Amal ibadat yang aku lakukan 
Masih tidak cukup untuk aku bersandiwara
Aku hanyalah gadis biasa
Bimbinglah aku
Didiklah aku
Bantulah aku
Untuk aku terus berjalan menggapai redha ilahi
Kerana aku hanyalah gadis biasa
Bukan bidadari syurga

#Gadis #NurulSakinahMohdGhazali

No comments:

Post a Comment