Saturday, July 26, 2014

Ujian itu untuk orang yang hebat.



'kita yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan, bukan keadaan yang kena ikut kita.'

aku selalu ingat pesan Ustazah Norillah yang satu tu bila rasa tak selesa, rasa macam leceh, cuba pujuk diri, aku kena sesuaikan diri dengan keadaan, sebab keadaan tak akan dapat ikut aku. kalau keadaan boleh ikut aku, nescaya memang tak rasa masalah langsunglah. nak buat sesuatu mesti kena ada hati. so, terima keadaan, fikir positif, kita boleh hadapai dan lakukannya.

orang yang hebat akan diuji dengan kesusahan. pokok yang ditimpa batu akan lebih cepat membesar. pokok kelapa, batangnya akan lebih besar jika ia berada ditepi pantai berbanding di kebun. kenapa? sebab ia kuat menghadapi angin-angin.

macam tu juga diri kita. bila sering ditimpa ujian, lama-lama diri kita akan jadi kuat. kuat menghadapi segala bentuk ujian. aku suka pesan pada diri, bila diri dah lemah, bila diri menyoal kenapa Allah turunkan ujian sebegini, aku akan pesan pada diri, 'Allah tak akan uji aku, kalau aku tak mampu.' 

positif kan diri. benda yang paling penting. kalau asyik fikir negatif, tak maju hidup ni. sebab diri akan rasa macam-macam, something tak kena. 

'apabila kita cintakan seseorang, kita pasti nak bahagiakan dia. cinta tidak semestinya memiliki, jika dia bahagia dengan orang lain, kita redha.' 
-Ustazah Norillah-

untuk buat sesuatu perlu ada pengorbanan. suka atau tidak suka, kita kena rela. baru kita boleh menapak ke hadapan.

untuk buat sesuatu perlu ada hati. baru kita akan redha terima macam mana pun keadaan dan situasi sekeliling kita. baru kita akan berusaha untuk buat yang terbaik, bukan untuk orang lain, untuk diri kita. moga Allah redha dengan setiap langkah yang kita ambil setiap hari.

Allahu musta'an. moga Allah mudahkan urusan aku, kau dan dia.


Thursday, July 24, 2014

Soalan yang mampu membisukan aku.




'Apa sumbangan kamu untuk umat yang akan datang?'

diam. kelas menjadi sunyi. sungguh, bagai terkunci peti suara semua pelajar apabila Ustazah Norillah tujukan soalan tersebut. soalan itu mampu memutuskan takai jantung aku. buat aku muhasabah balik, apa yang telah aku buat untuk umat. aku yakin, bukan aku seorang saja yang rasa begitu, aku lihat kawan-kawan lain, juga terkunci mulut seperti aku.

sungguh, soalan yang sukar untuk dijawab. apa yang aku dah buat untuk umat. apa yang kami dah sumbangkan untuk umat? aku ulang tayang segala apa yang aku telah buat, ada atau tidak yang mampu memberi 'something; kepada orang lain. payah untuk jawab.

'sumbangan kamu adalah belajar. apa yang kamu belajar, kamu akan sampaikan kepada generasi akan datang.'

'Kita tidak boleh jadi umat yang pasif, yang asyik menerima.'

'Kita kena fikir jauh, jangan fikir pendek. jangan sempitkan fikiran kita.'

'cuba fikir, pernah tak kita memberi?'

'Ustazah akan mati, Ustazah Nurizan akan mati, Ustaz Hanif akan mati. Kamulah yang akan ganti tempat kami nanti. Didik generasi baru.'

sungguh, aku rasa sungguh bertuah. hari ni berpeluang mendengar ustazah memberi nasihat. yang mampu menyentuh tangkai hati. yang mampu membuat aku muhasabah diri. yang mampu menyedarkan aku, perjalanan aku masih jauh, tanggungjawab aku sangat besar. mendidik generasi akan datang.

jujur, aku sebak bila ustazah sebut, ustaz dan ustazah akan mati. mati. mati tidak kenal usia, masa dan tempat. ia bukan di bawah kawalan kita, sebagai manusia. ia di bawah kawalan Allah. kun fayakun, jadi, maka jadilah. mati, tidak memberi isyarat. bila-bila masa nyawa mampu terputus dari jasad. sungguh masa aku sudah tidak lama. bila-bila masa saja aku bakal dijemput menghadap Sang Illahi. apakah mampu aku menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan? adakah aku bersedia? sudahkah aku meninggalkan 'something' yang bisa memberi saham buat aku di akhirat kelak? 

dan, aku masih kaku membisu. membisu, diam seribu bahasa. masih mencari-cari sesuatu.



Sunday, June 8, 2014

More Than I Expected.



'Result dah keluar?'

'Bila result keluar?'

soalan femes sejak Jun menonjolkan diri. sampai aku rasa tak debar dah tunggu result. tapi, cuma satu, aku risau setiap kali ada yang menanya. tertanya-tanya, macam mana ye result kali ni. OK atau KO. usaha aku tak memadai. final exam lepas, aku lah orang yang paling payah nak mujahadah lawan nafsu tidur. buka buku, mata konfem layu. layu selayunya. payah, tersangat payah. dah la 60 markah untuk final exam. susah nak skor. carry mark sikit. memang redha sangat.

'ibu, jangan marah tau kalau tak dekan.' <------ ayat femes untuk ibu

betul la. aku tak cuak pun bila nak tengok result. sebab aku yakin sangat aku dapat rendah. muka dah redha sangat. yakin terlebih dah ni.

thalathah fasilah arba'ah wa thamanun   [rasanya betul dah sebut macam ni dalam arab. fail sikit bab nombor]

oke. tergamam. Alhamdulillah. Dia bagi apa yang aku tak jangka. aku memang yakin sangat dapat rendah dari ni.

Tuhan tidak pernah mengecewakan hambanya. Alhamdulillah :')

Monday, June 2, 2014

Sekali hilang, sia-sia.


[310514] rasa dah lama tak jumpa dorang. kalau nak jumpa, kena tunggu cuti sem. itu pun kalau semua free. sekarang memang payah nak kumpul cukup-cukup B7 ni. ada yang cuti sama, ada yang tak. masing-masing dah ada life sendiri. ni pun macam rancang last minit. ni baru separuh. masing-masing dah nak habis cuti. cuba jugak untuk jumpa. kawan-kawan aku ni, ada yang aku kenal sejak tadika, masa form 1, form 2, ..  ni la sebahagian kawan-kawan aku masa zaman sekolah. dari segan-segan sampai boleh rapat sangat-sangat. dah tak ada versi terasa hati. kepala memang gila-gila. dalam kepala gila-gila tu, dorang still boleh fikir baik buruk. dorang melayan je kerenah masing-masing. kalau ada orang kata perempuan zaman sekarang suka mencarut, jenis keluar malam, bla bla bla.. aku paling tak setuju. bukan semua perempuan sama. aku tahu, kawan-kawan aku tak macam tu. dorang pun tak segan or takut nak nasihat apa yang perlu. serius aku cakap, memang sayang kalau hilang sahabat macam dorang :) memang susah nak dapat. sekali hilang, sia-sia.

aku harap, nama aku always ada dalam setiap doa dorang. aku harap, persahabatan kitorang akan kekal hingga syurga. 

'Hatta engkau terjun ke neraka, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula kerana aku sayang engkau keranaNya. Mahu berpimpin tangan tika masuk ke syurga sana. Ukhuwwah hingga ke syurga sana' 
-sinergi by hilal asyraf-



***
cukup 6 tahun aku kenal dorang. campur pulak extra years untuk budak hazirah & iera yang duduk sebilik masa diploma ni. Ya Allah susah nak dapat kawan sebaik ni memang susah. aku rasa biarlah tak dapat kawan macam retis tu asalkan dapat yang baik baik solehah gitu. sebab kalau kita duduk dekat dengan orang baik, berkat kebaikan dia pun kita dapat. apa lagi berkawan. kadang tak sedar kenapa Allah selamatkan kita dari buruk buruk, padahal sebab manfaat kita kawan dengan yang baik. jadilah baik tak rugi. Allah lagi suka malaikat pun senang. 
-beah-

the most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart. 

indeed. aku sayang dorang sangat-sangat. <3

Friday, May 16, 2014

20. itu angka aku sekarang.



aku, kini menjejak angka dua puluh
dari merangkak hingga berjalan
dari tidak mengenal dunia
kini aku mengenal erti hidup
susah payah ibu ayah mendidik
susah payah membesarkan aku
terima kasih Tuhan, untuk nafas ini
terima kasih tuhan, hadirkan mereka-
ibu, ayah, abang, kakak, keluarga
sahabat, kawan, para murabbi
terima kasih Tuhan, untuk kehidupan ini.

dulu, aku paling tak nak menjejak angka 20. macam hilang sweetnya. :D tapi, mesti tak boleh elak. life. feel it. 15 May, my bornday. Thank you so much for all of the lovely birthday wishes! May He grant you eternity happines, good health & place in jannah. May Allah bless all of you! my family, my besties, my friends, my seniors, my juniors, my teachers and all of you. <3

ibu, ayah -

happy birthday! Assalamualaikum puteriku penyejuk mata memandang dan penenang jiwaku dan keluarga.
Tanggal 15 Mei 1994, selepas saja ibunya berdoa selesai solat subuh, lahirlah seorang
puteri bongsu bernama Nurhaziqah. Alhamdulillah, mudah mengandungkannya, mudah melahirkannnya, mudah memeliharakannya. Berkat susu badan , Haziqah membesar dengan baik.Alhamdulillah. Selamat Hari Lahir Kak Cik. ibu doakan pada Allah semoga kak cik jadi anak yang baik didunia dan diakhirat,
panjang umur, murah rezeqi yang halal, sihat dan digolongkan di Jannah dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Insyaallah. Amin.

abang, kak siti, kakak, abg E -

Selamat hari lahir adik sayang... moga dipermudahkn segala urusan di dunia n di akhirat insyallah... moga menjadi wanita solehah n mendapat jodoh yg beriman n bertaqwa amin.

yana-

happy birthday to you my dear! ana doakan semua yang terbaik untuk nti. sorry wish awal sebab ana penat, time to sleep. esok kerja meyh. :'( tak sanggup nak tunggu kul 12. ampun! lebiu2! i'm da first person aite? harharhar xoxo!

kynah-

selamat hari keluar dari perut ibu. dah tua dah tu, bila nak kawin? haha.. semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki diberi suami soleh. happy birthday dear. semoga persahabatan kita kekal sampai bila2!! hadiah tak beli lagi. jangan tuntut,, hehe

kak hanie-

happy birthdayyy sweetiee!!! Dahhh suweeet 20+ dh dieeeee. yuhuuu. Welcome to d club. Haha. Moh la kita tua bersama. <3

aman-
birthday? Sanah helwah. Wah. Sudah tua. Haha. Moga Allah permudah segalanya. Moga dapat suami yang baik. Haha

akim-

 hb dear.
 happy beday, semoga panjang umur. belajar rajin.

acai-

padokkkkk, happy birthday. dah tua dah ko.

pyqa-

sanah helwah ya habibati :))) may Allah bless you dunia wa akhirat! bittaufik wa najah fi hayatiki wa natijati fi imtihan! ana uhibbuki lillah.

wannie-

saLam aLayk ya ukhT maHbubah ! saNah heLwah 20 . . . ! BarakALLAH Laki . . wa fihifziLLaH . . . uhiBBuki hatTa jaNnaH ! ! # PyQa Irsyana . .akaq kiTe da tue . . kiTe bLom Lagy . . hehe . . btw . . once again . . SELAMAT ULANGTAHUN KE TUA AN

jenol-

sanah helwah ziqa! :D

ainum-

sanah helwah ya haziqah mumtazah. :p ucpn 1st time & never again: aku mmg sayang hang.tu je.baboii. 

girls B7-

eidul miladi ssaid ya ukht khair ! be strong be katang be osem . meski hidup tak pernah puas . keep it up syurga menanti :) -beah-

hi makcik selamat hari tua tau..eii dh 20 ..haha semoga dibrkati allah slalu semoga jadi wanita solehah .rindunya!!!!!!!!!!!!! -iera-

selamat hari lahir ziqah! may Allah bless you dunia wa akhirat. semoga panjang umur, dmurahkan rezeki dan semoga cepat2 dapat jodoh. sayang ziqah sangat3. love you twin. take care -hazimah-

and, hazirah, iekin, epak, amalina, syaza, syiro, aliyana, nasyitah, so on.

and also abang-abang PEMIKIR & KBM, juniors, seniors and teachers from SRIAAK, SMIAAK & KIPSAS. Friends from facebok too. 

thank you so much! May Allah bless you all!! <3


Monday, May 12, 2014

Dia tidak jauh. aku tahu.



bulan matahari dibubuh dalam kocek
pelangi bintang disembunyi dalam laci
hati jantung disusun atas pinggan
nyawa jiwa diperaga atas almari.

mimpi sudah habis.
ayam sudah kokok.

bangkit.

#bangkit #fynnjamal


sabar. Allah ingin ajar aku bersabar.
apa itu erti sabar. aku sedang rasai. semai.
apa hadiah dari sabar. aku sedang belajar. menanti.
aku tahu, Allah tidak jauh.

penat. memang penat menunggu doa dikabulkan.
kadang, hingga mengalir air jernih membasahi pipi. memohon padaNya. 
harapan. tinggi melangit. terlalu tinggi.
aku bukan Tuhan. Dia tahu yang terbaik.

doa. sudah tentu. tidak jemu aku berdoa.
Allah dah janji. aku berpegang pada janjiNya.
'Mintalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan. [Al-Mu'minun :60]
aku harus sabar. nanti pasti Allah perkenankan. cepat atau lambat. sabar. tunggu.
mungkin, aku perlu redha. Allah tidak perkenankan. mungkin ia tidak baik untukku.

kamu. ya, kamu.
doakan aku.

Saturday, April 5, 2014

Minoriti, bukan halangan.



Tamat sudah KIBA [kelas intensif bahasa arab] untuk sem ni. Sekejap masa berlalu. Dah 4 sem join KIBA. Sem pertama dan kedua punya lah malas nak join benda-benda macam ni. Rasa macam susah nak buat persediaan untuk KIBA. Masa sem pertama, sampai tahap nak tukar jabatan sebab tak nak join KIBA. Keanak-anakan nya masa tu. Sem ketiga dan keempat, rasa bertanggungjawab , dah rasa kepentingan KIBA, banyak manfaat darinya, rasa enjoy. Ni gambar family jabatan bahasa arab. Mula sayang dengan family besar ni. One big family. Uhibbukum fillah, insyaAllah. :]

Menjadi pelajar jurusan bahasa arab adalah yang terbaik dalam hidup saya. Mungkin juga kamu semua. Kita akan sentiasa dalam minoriti tetapi kita adalah yang terbaik. Percayalah.. -Ustazah Aida-

mood: Rindu senior-senior. seriyes, rindu senior-senior. 

tidak mengapa jika bukan 4 datar. redha, itu ku cari.



#anugerah #dekan

Alhamdulillah 'ala hazihi nikmah. Haza min fadli rabbina. Allah bagi peluang untuk merasa nikmat ini. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi selain dari banyak mengucap syukur kepada Allah.

4 datar. bukan itu yang perlu kita kejarkan. Natijah imtihan (keputusan exam), apa lah sangat jika nak dibandingkan dengan ikhlas dalam menuntut ilmu.

ikhlas. redha. itu yang dicari. 

Wednesday, March 5, 2014

Hati ini.

Hati.
Berbolak balik sifatnya.
Sekejap begitu.
Sekejap begini.
Maka,
Jadilah kau orang yang kuat.
Dalam mujahadah menjaga hati.
Maka haruslah,
Hati-Hati dalam menjaga hati.


Wednesday, February 19, 2014

Coretan Seorang Murabbi


Anak-anak didikku….
Aku mendidik agar kalian perolehi penghormatan, mengapakah kebiadapan sebagai balasan?
Aku mengajar kalian erti kemuliaan, mengapakah aku dilontar kehinaan?
Aku memberi kalian sebuah kepercayaan, mengapakah kalian calarkan?
Aku binakan buat kalian tapak keyakinan ,mengapa hadiahkan aku kekecewaan?

Anak-anak didikku….
Aku korbankan masa demi kalian yang tiada ikatan
Kalian tegaskan tiada hakku terhadapmu kerana kita tiada hubungan
Aku merasa bangga saat kalian mencapai kejayaan
Kalian merasa hebat apabila aku dimalukan
Aku memandang kalian dengan belas, kasih dan kasihan
Kalian memandangku dengan meluat dan kebencian

Anak-anak didikku…
Aku marah dengan nasihat dan teguran, tiada apapun perubahan melainkan tentangan
Aku cuba mengajar melalui pengalaman, pedihnya hati kerana disalahertikan
Aku memberi ilmu agar di akhirat jadi bekalan, sayangnya…di dunia lagi sudah tidak kalian manfaatkan
Aku membuka pelbagai peluang keemasan, tapi seringkali dan seringkali kalian abaikan
Aku memaafkan walaupun untuk kesalahan yang belum dilakukan, berat bagi kalian memohon maaf setelah melakukan kesilapan
Aku tidak pernah rasa cukup dengan ilmu yang dicurahkan, kalian mendabik dada dengan hanya secubit ilmu yang kalian manfaatkan
Aku doakan kalian tanpa sebarang pengecualian, walaupun diriku kalian pinggirkan
Saat ku tegas dalam ajaran, ku diumpama singa yang kelaparan
Tika ku mesra sebagai kawan, diri ku ini kalian permainkan
Apakah menipu dan kutukan sudah menjadi kebiasaan? 
Seorang murabbiy juga turut menjadi bahan umpatan?
Teganya seorang manusia yang kehausan dan kelaparan didataran gersang
Setelah ilmu diteguk, dimamah dan ditelan kerakusan
Cangkirnya dibuang kejauhan, penuangnya disepak dan diterajang 

Anak-anak didikku…
Andai aku dijemput Tuhan
Beribu anak didikku belum tentu ada yang mendoakan
Apatah lagi untuk menyematkan ingatan
Terhadap insan yang pernah menitipkan segugus ajaran
Itulah keyakinanku…daripada apa yang telah kalian buktikan

#UstazahNorillah


Saturday, February 15, 2014

Friday, February 14, 2014

Bukan Si Bidadari Syurga



Aku hanya gadis biasa
Gadis biasa yang masih mencari arti hidup
Aku tidak punya apa-apa
Harta, pangkat, mahupun rupa bukanlah milikku
Ilmu yang berbekal di dada 
Masih tidak memadai untuk aku bermegah
Amal ibadat yang aku lakukan 
Masih tidak cukup untuk aku bersandiwara
Aku hanyalah gadis biasa
Bimbinglah aku
Didiklah aku
Bantulah aku
Untuk aku terus berjalan menggapai redha ilahi
Kerana aku hanyalah gadis biasa
Bukan bidadari syurga

#Gadis #NurulSakinahMohdGhazali

Monday, February 10, 2014

Manusia.



Aku lihat ramai manusia.
Ramai manusia yang mengejar cinta.
Cinta dunia. Cinta manusia.
Mereka sangka itu membahagiakan.
Mereka silap. Mereka lupa.
Mengejar cinta Allah.
Pasti cinta dunia dalam genggaman.

Friday, January 31, 2014

Memori

setiap perkenalan
pasti ada kenangan.
kau dan aku.
perkenalan kita
ada kenangannya.
bagi aku,
aku sayang kenangan ini.
ia istimewa.
mungkin bagi kau
ia perkara biasa.
tiada yang istimewa.