Saturday, January 14, 2012

Kapal 2 nakhoda ?

Korang faham tak apa yang dimasukkan dengan kapal dua nakhoda? Macam pelikkan?? Try korang bayangkan, dalam sebuah kapal ada dua orang nakhoda. Nakhoda pertama nak ke barat, nakhoda kedua nak ke timur, tak ke tunggang terbalik kalapal tu? begitu juga dalam sesebuah negara yang ada dua orang pemimpin yang tertinggi yang ingin memimpin negara dalam masa yang sama. Berbelitkan ayat? Tak apalah, kita tengok contoh yang senang-senang sikit.

Dalam satu kumpulan yang mempunyai lima or enam orang ahli, tapi ada dua orang ketua. Agak-agak apa yang akan terjadi kepada kumpulan tu ? Pasti jadi kucar-kacir. Ketua yang pertama nak macam ni, ketua yang kedua pula nak macam tu. Last-last, ahli kumpulan tu yang pening.

So, kita sebagai ahli dalam kumpulan tu, perlulah BIJAK memilih ketua, pilih ketua yang layak. Think cook-cook before you make decision, bak kata kawan aku masa darjah 6. Kenapa? Sebab, ketua kitalah yang akan  memimpin kita, sama ada ke arah yang baik or buruk.

Setiap daripada kita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Satu lagi, lengkapkanlah diri kita dengan ilmu yang secukupnya. Apabila tak ada ilmu dalam dada kita, maka kita akan memilih pemimpin yang jahil.

3.28 AM
Hirasah, Musolla SRI Al-Amin Kerteh

No comments:

Post a Comment